Pages

Sunday 4 March 2012

PENUBUHAN  KOPERASI PEMBANGUNAN  BIDAYUH  BAU       BERHAD

                                         Gambar semasa AGM koperasi di adakan di Dewan suarah Bau

Koperasi Pembangunan Bidayuh Bau Berhad adalah tercipta atas idea idea beberapa individu Bidayuh, yang memikirkan pentingnya diwujudkan sebuah koperasi yang mewakili kaum Bidayuh. Idea idea itu telah mula timbul pada tahun 2011, hasil dari kerja keras beberapa individu, maka telah wujudlah sebuah koperasi yang bakal dikeluarkan lesennya tidak lama lagi. Pada 4/3/2012 bertempat di dewan suarah Bau telah di adakan AGM yang pertamanya yang juga turut di hadiri oleh pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.


Koperasi ini terbuka kepada masyarakat Bidayuh dan kawasan operasi adalah bagi kawasan Kuching dan Samarahan, Masyarakat Bidayuh yang berada di derah lain juga di benarkan menyertai koperasi ini asalkan mereka berasal dari Kuching dan Samarahan.
Telah dipersetujui dalam AGM bahwa untuk menjadi ahli dikenakan membership fees sebanyak RM 10.00, untuk kali pertama dan kemasukan kali kedua sebanyak RM 100.00.
Sher minimum adalah 1 sher dan nilai untuk satu sher adalah RM 50.00. Jumlah maksimum sher  untuk seseorang ahli tidak boleh melebihi 20% dari jumlah sher keseluruhan koperasi.


Koperasi KPBBB ini akan menceburi bidang :- Perikanan,Penternakan,Pembuatan,Perkhidmatan,Perlancungan, Perlombongan, Kuari,ICT services, Hardware,Peruncitan,Penanaman Lada hitam, Kelapa sawit, Getah, Kayu gaharu, Jatropha, Nenas, dan lain lain lagi.


Pertanian itu Perniagaan


Di tulis oleh Jo Ji Dayak dan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

No comments: